Privacy Policy
Notis Polisi Privasi Kumpulan Kimlun Land Sdn Bhd Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta")
Kimlun Land Sdn Bhd, anak syarikat, syarikat bersekutu, entiti kawalan bersama dan sekutunya (secara kolektif, "Kumpulan"), menghormati privasi individu berkenaan dengan data peribadi.
Notis Polisi Privasi ini (“Notis”) dikeluarkan kepada semua pelanggan kami yang sedia ada dan/atau prospek, pembekal, penjual, kontraktor dan pembekal perkhidmatan berdasarkan Akta tersebut.
Untuk tujuan Notis ini: -
1.terma “Data Peribadi” dan “Pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan dalam Akta tersebut.
2.terma “kami” merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan “anda” merujuk kepada diri anda dan/atau orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda yang anda berikan Data Peribadi.
A. PENGUMPULAN DATA
1.Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Kumpulan melalui cetak dan platform digital (termasuk tetapi tidak terhad kepada Borang Jualan, Laman Web, Media Sosial dan Aplikasi Mudah Alih) termasuk: -
- i.maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar atau mengemaskini profil dalam talian atau apabila anda mengisi atau mengemaskini apa-apa maklumat dengan kami, yang mungkin termasuk data peribadi seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda;
- ii.isi kandungan semua borang bercetak dan elektronik atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada kami melalui cagaran bercetak atau borang-borang, Laman Web Kumpulan dan mana-mana platform digital dan mudah alih (seperti E-mel, Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Viber dan mana-mana media sosial dan aplikasi), termasuk dokumen-dokumen pengenalan serta bukti alamat;
- iii.maklumat yang dimasukkan atau diserahkan ke dalam kemudahan dalam talian seperti alat carian dan kalkulator;
- iv.personalisasi utama yang anda pilih semasa anda menggunakan Laman Web Kumpulan, platform digital dan mudah alih;
- v.maklumat yang dikemukakan jika anda mengambil bahagian dalam tinjauan atau pertandingan sama ada melalui dalam talian atau sebaliknya;
- vi.apa-apa mesej atau komen yang anda serahkan kepada kami melalui Laman Web Kumpulan atau melalui apa jua cara, yang mungkin termasuk data peribadi seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon;
- vii.maklumat yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah; dan
- viii.kandungan semua borang dan/atau dokumen yang dikemukakan dan/atau dikumpulkan oleh Kumpulan.
B. TUJUAN PENGUMPULAN DATA
1.Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Kumpulan sama ada melalui talian atau sebaliknya, anda dengan ini membenarkan Kumpulan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut: -
- i.memberikan anda perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan dan/atau polisi Kumpulan; dan/atau
- ii.memproses permohonan anda di bawah mana-mana program Kumpulan; dan/atau
- iii.jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar apa-apa pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, pengiklanan, bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda (termasuk e-mel, khidmat pesanan ringkas atau apa jua cara lain) dan/atau untuk digunakan, untuk memberi dan/atau memperbaiki perkhidmatan Kumpulan, pemprosesan invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan Kumpulan dengan anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda; dan/atau
- iv.menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau
- v.menjalankan prosedur padanan menurut undang-undang; dan/atau
- vi.melaksanakan analisa statistik untuk pelbagai objektif di dalam Kumpulan dan memberikan maklumat ini kepada Kumpulan; dan/atau
- vii.tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, rekod simpanan atau peningkatan perniagaan Kumpulan serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan Kumpulan atau Laman Web Kumpulan; dan/atau
- viii.tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan/atau penguatkuasaan transaksi komersial dan untuk hubungan dan komunikasi dengan anda; dan/atau
- ix.setakat mana yang dikehendaki oleh undang-undang, di mana Kumpulan menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Kumpulan mengesyaki telah, sedang atau mungkin akan terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau
- x.di mana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam Kumpulan; dan/atau
- xi.di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh Kumpulan; dan/atau
- xii.membolehkan Kumpulan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau obligasinya sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau garis panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh mana-mana badan berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau
- xiii.di mana pihak ketiga memerlukannya untuk menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan; dan/atau
- xiv.tujuan yang berkaitan dengan penguatkuasaan hak Kumpulan mengikut mana-mana surat, perjanjian-perjanjian dan/atau dokumen-dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau
- xv.membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau undang-undang; dan/atau
- xvi.program kesetiaan pelanggan; dan/atau
- xvii.untuk apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau untuk melanjutkan tujuan Kumpulan.
2.Kami boleh menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas sama ada melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, media sosial, pos, faksimili atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.
C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN
1.Anda selanjutnya bersetuju bahawa Kumpulan boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) di antara mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana badan berkuasa yang relevan (kerajaan dan/atau bukan kerajaan), kedutaan, badan statutori, badan regulatori, organisasi dan/atau mana-mana institusi kewangan berkenaan, mana-mana orang lain dibawah kewajipan kerahsiaan terhadap Kumpulan, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli hak/perniagaan/aset syarikat dalam Kumpulan sama ada sebenar atau yang dicadangkan, pembekal perkhidmatan (termasuk mereka yang membantu kami dalam penyediaan/pembangunan/penyelenggaraan Laman Web dan platform digital Kumpulan), bagi keperluan operasi, pentadbiran dan pembangunan Kumpulan dan kepada organisasi-organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program-program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Kumpulan.
2.Kumpulan menggunakan dan mendedahkan maklumat yang bukan mengenalpasti secara peribadi yang telah dikumpulkan oleh kami sebagai sebahagian daripada proses Kumpulan untuk sentiasa memperbaiki Laman Web Kumpulan dan/atau perniagaan-perniagaan Kumpulan.
D. KESAN KEGAGALAN MEMBEKALKAN DATA
1.Sila ambil perhatian bahawa kegagalan anda untuk memberikan kami Data Peribadi anda boleh mengakibatkan yang berikut: -
- i.ketidakupayaan kami untuk berkomunikasi dengan anda atau menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan;
- ii.kami atau ketidakupayaan anda untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau statutori;
- iii.ketidakupayaan kami untuk memberi anda kemas kini mengenai pelancaran dan / atau produk terbaru kami;
- iv.ketidakupayaan kami untuk memasuki mana-mana kontrak dan / atau Perjanjian Jual Beli; dan
- v.ketidakmampuan kami untuk merasmikan sebarang tender / surat anugerah berkaitan dengan penjualan harta, produk dan / atau perkhidmatan kami.
E. KESELAMATAN/PERLINDUNGAN DATA
1.Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan di pejabat Kumpulan atau disimpan di dalam pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh Kumpulan atau penyedia perkhidmatannya di dalam atau di luar Malaysia.
2.Apa-apa Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan dikekalkan oleh Kumpulan selagi perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau dikehendaki memenuhi apa-apa keperluan perundangan, pengawalseliaan dan / atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Kumpulan.
3.Kumpulan tersebut tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian untuk anda memadam Data Peribadi anda yang dipegang oleh Kumpulan.
4.Kumpulan menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.
5.Bagi Internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet boleh dijamin selamat sepenuhnya. Oleh itu walaupun Kumpulan berusaha untuk melindungi Data Peribadi tersebut, Kumpulan tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Kumpulan dan anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan Kumpulan, Kumpulan akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
6.Nama pengguna dan kata laluan mungkin mustahak untuk anda menggunakan beberapa bahagian dalam Laman Web Kumpulan. Untuk perlindungan anda sendiri, Kumpulan memerlukan anda untuk merahsiakan dan menukar kata laluan anda secara kerap (jika perlu).
F. KESULITAN DATA PERIBADI
1.Data Peribadi anda adalah penting kepada kami sebagai rahsia. Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
2.Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang diserahkan kepada kami dalam apa jua cara (termasuk yang dihantar atau diposkan di Laman Web Kumpulan) akan dianggap diberi kepada Kumpulan secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.
3.Kumpulan berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantarkan, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengeposkan ke tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan di dalam (C) di atas.
G. DATA LAMAN WEB KUMPULAN
1.Semasa anda melayari Laman Web Kumpulan, Kumpulan boleh secara automatik (iaitu bukan melalui pendaftaran) mengumpul data bukan peribadi (contohnya jenis pelayar Internet dan sistem operasi yang digunakan, nama domain laman web dari mana anda datang, jumlah kunjungan, purata masa yang dihabiskan di laman web tersebut, muka surat yang dilihat).
2.Kumpulan boleh menggunakan data ini dan berkongsi dengan yang lain di dalam Kumpulan untuk memantau daya tarikan Laman Web Kumpulan dan untuk meningkatkan prestasi atau kandungan mereka.
3.Apabila anda melayari Laman Web Kumpulan, Kumpulan boleh menyimpan beberapa data dalam komputer anda dalam bentuk "cookie" untuk mengiktiraf komputer peribadi anda secara automatik bila anda melayari pada masa depan.
4.Cookies boleh membantu Kumpulan dalam banyak cara, contohnya, dengan membenarkan Kumpulan menyesuaikan laman web supaya dapat sepadan dengan minat anda atau untuk menyimpan kata laluan anda supaya anda tidak perlu memasukkan kata laluan anda semula pada setiap layaran.
5.Jika anda tidak ingin menerima cookies, sila konfigurasikan pelayar Internet anda untuk memadamkan semua cookies dari cakera keras komputer anda, menyekat semua cookies atau untuk menerima amaran sebelum cookie disimpan.
6.Laman Web Kumpulan mungkin mengandungi pautan ke laman dan halaman lain. Dengan mengaktifkan suatu pautan, sebagai contohnya dengan mengklik pada panji pengiklan, anda meninggalkan Laman Web Kumpulan dan Kumpulan tidak akan melaksanakan kawalan ke atas mana-mana Data Peribadi atau apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain selepas anda meninggalkan Laman Web Kumpulan.
H. HAK UNTUK AKSES, PEMBETULAN DAN HAD PEMPROSESAN DATA
1.Menurut PDPA, anda berhak untuk: -
- i.semak sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi dan meminta akses kepada yang sama;
- ii.minta kami membetulkan mana-mana Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;
- iii.berkomunikasi kepada kami bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi untuk tujuan pemasaran;
- iv.menarik balik, sepenuhnya atau sebahagian, persetujuan anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
2.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik kebenaran anda kepada Kumpulan bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut: -
No. 5, Jalan SS21/39, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Wakil Pengendalian | : | Ketua Jabatan Kewangan dan Harta |
E-mel | : | pdpa@kimlun.com |
Nombor Telefon | : | 03-77289289 |
3.Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik kebenaran/persetujuan anda, Kumpulan masih boleh terus memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan-keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.
4.Kumpulan berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan untuk mengakses data anda.
I. KEBENARAN
1.Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang yang mana anda memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak yang dinyatakan di dalam (C) di atas.
2.Anda bertanggungjawab untuk memberikan kepada kami Data Peribadi yang tepat, lengkap dan terkini berkenaan Data Peribadi anda dan/atau Data Peribadi orang lain yang anda kemukakan kepada kami. Oleh itu, apabila Data Peribadi tersebut menjadi tidak tepat, tidak lengkap atau tidak kemaskini, anda perlu membetulkan atau mengemaskinikan Data Peribadi tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan Data Peribadi terkini kepada kami secara bertulis seperti yang dinyatakan di dalam (H) di atas.
J. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI
1.Kumpulan berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan/atau meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kumpulan menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini di Laman Web Kumpulan kami secara kerap.
K. BAHASA
1.Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.